by: Aziqah Syarah binti Ayob Khan
DSKP ASAS 3M (MATEMATIK) TAHUN 1
STANDARD
KANDUNGAN
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
STANDARAD PRESTASI
| |
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
| ||
2.1 Nombor 0 dan 10
|
2.1.1 Menyebut nombor
2.1.2 Mengenal simbol nombor
2.1.3 Menamakan nombor
|
1
|
Memberi respon pada perkara berkaitan dengan nombor antara 0 (sifar) dan 10.
|
2
|
Mengena nombor 0 (sifar) dan 10 dengan menggunakan bahan bantu belajar.
| ||
3
|
Menyebut dan menamakan nombor 0 dan 10
| ||
4
|
Menyebut dan menamakan 0 dan 10 dengan betul
| ||
5
|
Menyebut dan menamakan nombor 0 dan 10 dengan betul pada situsi baharu dengan betul dan yakin .
| ||
6
|
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran menyebut dan menamakan nombor 0 dan 10 secara kreatif serta boleh dicontohi.
| ||
STANDARD
KANDUNGAN
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
STANDARAD PRESTASI
| |
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
| ||
2.2 Membilang nombor 0 hingga 10
|
2.2.2 Membilang objek dalam kumpulan
2.2.2 Menyebut nombor secara tertib menaik
2.2.3 Menyusun nombor secara tertib menaik
2.2.4 Menyebut nombor secara tertib menaik
2.2.5 Menyusun nombor secara tertib menurun
2.2.6 Menyusun rangkaian nombor
|
1
|
Membilang objek secara rawak
|
2
|
Membilang objek dan penyebut nombor 0 hingga 10 dengan menggunakan bahan bantu mengajar
| ||
3
|
Membilang objek dan menyusun nombor 0 hingga 10 secara tertib menaik dan menurun.
| ||
4
|
Membilang objek dan menyusun nombor 0 hingga 10 secara tertib menaik dan menurun dengan cara yang betul
| ||
5
|
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran membilang objek dan meyusun nombor 0 hingga 10 dengan betul dan yakin
| ||
6
|
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran membilang nmbor secara kreatif serta boleh dicontohi
| ||
STANDARD
KANDUNGAN
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
STANDARAD PRESTASI
| |
TAHAP PENGUASAAN
|
TAFSIRAN
| ||
2.3 Menggunakan nombor dalam kehidupan
|
2.3.1 Menyebut nombor dalam persekitaran
2.3.2 Mebilang objek dalam persekitaran
|
1
|
Memberi respon pada perkara dengan nombor dalam persekitaran
|
2
|
Membilang objek yang terdapat dalam persekitaran
| ||
3
|
Amenggunakan nombor dengan cara menyebut nombor dan membilang objek dalam persekitaran
| ||
4
|
Membilang objek yang terdapat di persekitaran dengan betul
| ||
5
|
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran membilang objek menggunakan nombor yang betul dengan yakin
| ||
6
|
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran menyebut dan membilang objek secara kreatif serta boleh dicontohi
| ||
Asalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik apa khabar?
Moga adik-adik sihat-sihat sejahtera.
Baiklah kali ini kita akan belajar mengenal nombor 1 hingga 10.
Pengiraan merupakan asas paling penting yer adik-adik dalam Matematik dengan itu adik-adik mestilah mahir dalam mengenal nombor.
Dengan mengenali nombor adik-adik dapat gunakan bagi mengendalikan wang, mengetui nilai ukuran, jumlah barang dan banyak lagi. Jika adik-adik tidak mengetahui asas nombor maka secara tidak langsung adik-adik tidak dapat melakukan operasi Matematik yang lain. Jadi pembelajaran unit 1 ini amat penting ye.
Unit 1 : Mengenal Nombor 1 hingga 10
Mengenal nombor 1 hingga 10
Objektif Pembelajaran
1. Pelajar
dapat mengenal nombor 1-10
2. Pelajar
dapat menyebut nombor 1 hingga 10
3. Pelajar
dapat membilang objek antara 1- 10
4. Pelajar
dapat membilang nombor 1-10 menggunakan tangan
5. Pelajar
dapat menulis nombor 1- 10 dengan betul
6. Pelajar
dapat menulis nombor 1-10 dalam perkataan
7. Pelajar
dapat mengira objek yang berada di sekeliling.Mari kita mula mengira.
Pelajar dapat mengenal nombor nombor 1-10 dengan simbol yang betul.
Di bawah disertakan video cara menyebut dan mengenal nombor antara 1 hingga 10. Adik-adik dikehendaki melihat dan meniru setiap sebutan serta mengenalpasti nombor antara 1-10.
Dengan suara yang kuat pelajar di minta untuk menyebut nombor satu hingga 10 dengan turutan yang betul .
Bagaimana adik-adik ? sudahkah adik-adik dapat mengira ?
jika belum mari kita mengira semula berdasarkan aktiviti yang telah disediakan diatas.
Adik-adik sudah mahir mengenal simbol nombor 1-10
Jadi aktiviti seterusnya mari kita mengenal bagaimana untuk mengeja nombor 1-10.
Mengeja nombor 1 hingga 10 menggunakan huruf
Bagaimana adik-adik? selepas ini kita akan belajar bagaimana hendak mengenal 1-10 menggunakan jari-jemari
Mari mulakan.
Membilang 1 hingga 10 menggunakan jari-jemari
Pelajar bersama-sama guru/penjaga perlu mengira nombor 1 hingga 10 menggunakan jari-jemari.
Berdasarkan gambar yang tertera dibawah adik-adik dikehendaki mengeluarkan sepuluh jari dan mengikut jari pada gambar yang tertera di bawah.
Berdasarkan gambar yang tertera dibawah adik-adik dikehendaki mengeluarkan sepuluh jari dan mengikut jari pada gambar yang tertera di bawah.
Bagi menguji pengetahuan adik-adik dalam mengira, adik-adik dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan di bawah ini. Pastikan adik-adik mendapat pemantauan daripada guru atau ibu bapa bagi membantu adik-adik menyemak hasil kerja adik-adik.
Terdapat banyak latihan tambahan yang boleh adik-adik lakukan. Jika adik-adik mahu melihat lembaran kerja yang lebih menarik sila tekan pada tajuk di bawah.
1. Lembaran Kerja Mengenal 1 hingga 10
2. Lembaran Kerja Mengira
Turutan nombor dalam tertib menurun
1) I'm Number Fan.
Alatan dan Bahan:
1.Kertas Warna
2. Whiteboard Marker
3.Paku tekan
4. play doh.
Langkah-lamgkah:
1. potongkan kertas warna mengikut bentuk bujuh memanjang.(lebih baik jika di laminate)
2.potong sebanyak 10 kertas warna
3.tuliskan nombor 1 hingga 10 pada setiap kertas warna yang telah di potong
4.susun nombor pada kertas warna mengikut turutan yang betul.
5.tebuk lubang pada bahagian tengah menggunkan paku payung.
6. tutup bahagian tajam paku payung menggunakan play doh yang telah disediakan.
7 I'm number fan sudah siap digunakan.
Aktiviti ini mampu menarik minat pelajar untuk mengenal nombor serta bertujuan menonjolkan bakat kreatif yang ada dalam diri para pelajar.
Terdapat banyak latihan tambahan yang boleh adik-adik lakukan. Jika adik-adik mahu melihat lembaran kerja yang lebih menarik sila tekan pada tajuk di bawah.
1. Lembaran Kerja Mengenal 1 hingga 10
Adik-adik jom kita belajar menyusun nombor mengikut turutan menaik dan menurun.
Megetahui susunan nombor dari atas ke bawah dan bawah ke atas dapat menunjukkan pada adik-adik nombor yang mempunyai nilai paling besar dan nilai yang paling kecil. Disamping itu adik-adik juga dapat mengetahui cara menyusun nombor-nombor tersebut dengan susunan yang betul.
Berdasarkan gambar yang tertera di bawah adik-adik boleh menyebut nombor turutan secara menaik dengan suara yang kuat.
Turutan nombor dalam Tertib menaik
Aktiviti ini dapat menguji daya kefahaman adik - adik, dengan itu adik-adik dikehendaki melakukan aktiviti di bawah. Pastikan adik-adik mendapat pemantaun daripada ibubapa atau guru ye.
Dengan mengunakan trak kereta api di bawah anda dikehendaki menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik.
Guntingkan trak di bawah kemudian susunkan trak 1 hingga 10 mengikut tertib menaik.
Berdasarkan gambar di bawah adik-adik dikehendaki meyebut nombor 1 hingga 10 mengikut turutan menurun dengan suara yang kuat.
Turutan nombor dalam tertib menurun
Aktiviti ini dapat menguji daya kefahaman adik - adik, dengan itu adik-adik dikehendaki melakukan aktiviti di bawah. Pastikan adik-adik mendapat pemantaun daripada ibu bapa atau guru ye.
Dengan mengunakan trak kereta api di bawah anda dikehendaki menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menurun.
Guntingkan trak di bawah kemudian susunkan trak 1 hingga 10 mengikut tertib menurun.
Penjana Minda Kreatif dan Kritis.
Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh disediakan oleh guru bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik .
1) I'm Number Fan.
Alatan dan Bahan:
1.Kertas Warna
2. Whiteboard Marker
3.Paku tekan
4. play doh.
Langkah-lamgkah:
1. potongkan kertas warna mengikut bentuk bujuh memanjang.(lebih baik jika di laminate)
2.potong sebanyak 10 kertas warna
3.tuliskan nombor 1 hingga 10 pada setiap kertas warna yang telah di potong
4.susun nombor pada kertas warna mengikut turutan yang betul.
5.tebuk lubang pada bahagian tengah menggunkan paku payung.
6. tutup bahagian tajam paku payung menggunakan play doh yang telah disediakan.
7 I'm number fan sudah siap digunakan.
Aktiviti ini mampu menarik minat pelajar untuk mengenal nombor serta bertujuan menonjolkan bakat kreatif yang ada dalam diri para pelajar.
Anda dikehendaki menggunakan contoh-contoh peta i-think di bawah untuk menunjukkan nombor
1-10 dengan menarik bagi element gambar yang menarik amat dialu-alukan. Tugasan boleh dilakukan mengikut kreativiti anda.
Secara berkumpulan menggunakan kertas majung anda dikehendaki menyenaraikan nombor 1-10 mengikut tertib menurun dan tertib menaik . Tugasan boleh dilakukan mengikut kreativi anda.
Rujukan
Sangat membantu.
ReplyDelete