Wednesday, 21 August 2019

OPERASI TOLAK

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

Nur Fatihah binti Jawide

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN


4.1
 Konsep   tolak
Murid berupaya:

4.1.1 Mengurangkan  objek dalam kumpulan



4.1.2 Menolak dengan mencari perbezaan
1
Memberi respon pada perkara berkaitan dengan aktiviti menolak sebarang nombor atau objek.
2
Menolak sebarang nombor dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Mengurangkan objek dalam kumpulan dan menolak dengan mencari perbezaan.
4
Mengurangkan objek dalam kumpulan dan menolak dengan mencari perbezaan dengan cara yang betul.
5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mengurangkan objek dalam kumpulan dan menolak dengan mencari perbezaan dengan betul dan yakin.
6
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran mengurangkan objek dalam kumpulan dan menolak dengan mencari perbezaan secara kreatif serta boleh dicontohi.

4.2
 Menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 10
4.2.1
Menolak nombor dengan menggunakan:
(i) objek
(ii) gambar
1
Memberi repons pada perkara yang berkaitan dengan aktiviti menolak sebarang nombor dalam lingkungan 10.
2
Menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 10 dengan menggunakan bahan bantu belajar.
3
Menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 10 dengan menggunakan objek dan gambar.
4
Menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 10 dengan menggunakan objek dan gambar dengan betul.
5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menolak sebarang nombor dengan betul dan yakin.
6
Menggabungkan pengetahuan dan kemahiran menolak sebarang nombor secara kreatif serta boleh dicontohi.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

Murid dapat :

   Ø  Bercerita tentang gambar dan mengaitkan dengan konsep tolak.
   Ø  Memahami konsep tolak dengan mencari perbezaan dua kumpulan objek dan membilang semua menggunakan bahan konkrit.
   Ø  Menolak sebarang dua nombor melalui permainan berbantukan bahan konkrit.




SIMBOL TOLAK








CONTOH 1 OPERASI TOLAK:



Ada 2 ketul ayam. Saya makan 1 ketul ayam.
Tinggal 1 ketul ayam.
2 tolak 1 jadi 1








CONTOH 2 OPERASI TOLAK:




Ada 4 kuntum bunga. 1 kuntum bunga sudah layu.
Tinggal 3 kuntum bunga.
4 tolak 1 jadi 3

4 - 1 = 3




CONTOH 3 OPERASI TOLAK:


Ada 6 batang lolipop. 1 batang lolipop sudah di makan.
Hanya 5 batang lolipop yang tinggal.


6 - 1 = 5



CONTOH 4 OPERASI TOLAK:

Ada 7 ekor kucing. 4 ekor kucing sudah lari.
Hanya 3 ekor kucing yang tinggal.
7 - 4 = 3



Operasi Tolak Menggunakan Bahan Bantu Belajar


Ada 5 pembaris. 3 pembaris sudah patah.
Hanya dua pembaris yang tinggal.
5 - 3 = 2


Ada 8 batang pensel. 2 batang pensel sudah hilang.
Semuanya tinggal 6 batang pensel.
8 - 2 = 6





Mencari Hasil Penolakan Melalui Permainan

Aktiviti 1
1. Penjaga perlu menyediakan 7 botol air mineral.
2. Agihkan 7 botol air mineral tadi kepada 7 orang pelajar.
3. Suruh 4 orang pelajar minum air mineral masing-masing.
4. Tanya pelajar, berapakah botol air mineral yang belum diminum lagi?
5. Jawapan : 7 - 4 = 3 atau
                     7 tolak 4 jadi 3

Aktiviti 2
Alatan dan bahan:
3 gegelung rotan, kotak berhias simbol "-" dan "=", beberapa bola mainan.

Arahan:
 Penjaga boleh membuat aktiviti seperti gambar di bawah dan mencipta pelbagai soalan operasi penolakan. 


Aktiviti 3

Alatan dan bahan:
Tali, beberapa manik, dan soalan operasi tolak





Bahagian Latihan


Link untuk latihan lebih banyak: http://www.kidipage.com/worksheets/math/subtraction/index.html



SOALAN KBAT




Ada 8 buah kereta. 1 buah kereta merah dan 1 buah van rosak. 
Berapakah kereta yang masih boleh digunakan?







Jawapan 8 - 4 = 4


Jalankan penolakan dua nombor melalui laman web ini

Pautan dari Youtube :




PETA MINDA



RUJUKAN
Roini Hasliza, Nurulhusna@Hakima, Suriani. (2012). Buku teks asas 3M Matematik (masalah pembelajaran) tahap 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isnayati, Nurulhusna@Hakima, Mohd Ali. (2016). Buku teks asas 3M Matematik (masalah pembelajaran). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments:

Post a Comment

OPERASI TOLAK

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN Nur Fatihah binti Jawide STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN ST...